JOM SEARCH

Monetize Your Website

Monday, December 22, 2008

PramuGara Oh PRamuGara...

Hari ni macam biasa aku dengan rakan seopis aku sedang tunggu bus kompeni dekat LRT tasik selatan. Kat sini kira transitla bagi semua yang nak naik ERL ker komuter ker. Kira pelbagai jenis orang yang datang ke sini untuk menuju ke destinasi masing-masing. Pramugara, pramugari dan pilot sebuah syarikat penerbangan terbesar di malaysia pon ada sebab diaorang ni senang nak pergi ke KLIA. Kiranya kami dua orang ni selalulah nampak diaorang ni. Nak dijadikan cerita kami nampak la seorang pramugara ni, kira smart la. wajah pan asia la katakan. Dia ni kira baru pulang dari bertugas la then terus ke tempat menunggu teksi. Beg dia pon banyak. Then tiba-tiba kita orang dengar dia macam meninggikan suara " Bukalah...memilih pula! bla..bla..." persis seorang superstar. Kita Orang pon berpandangan. Kesian dekat uncle teksi tu.. apalah salahnya berbudi bahasa jiwa pon tak sakit hati. Then kawan aku kata "ala, tahulah dia tu penat bekerja, tapi setakat pramugara tak payah la eksen. Bukannya sampai tua pon nak jadi pramugara!" hahahahahah..pecah ketawa aku dengar kawan opis aku membebel sorang diri. Tapi yerlah..aku tengok mamat tu kerek semacam...memang eksen la...aku tertanya-tanya juga macam manala dia layan penumpang pesawat ya kalau macam tu budi pekerti dia.apapun yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk datang daripada diri kita sendiri...semoga kita jangan sombong di muka bumi ini kerana kesombongan ni takkan ke mana. bUatkan orang benci kita ada la..kan?

Thursday, November 13, 2008

Hijab Sang Pencinta

Sunan..nama yang sentiasa mekar di hati haryani...dan takkan melupakannya.kerana cinta mereka terlalu kuat...

Sunday, October 26, 2008

Momento...

teringat masa zaman kecil aku dulu2.. ada seorang sahabat yang bernama Linda..ada seorang adik lelaki yang ku panggil dengan nama Din..Linda ni datang dari keluarga yang miskin..aku kesian sangat kat diaorang..kadang2 bila mak aku masak lebih, pasti aku akan panggil diaorang...makan nasi berlaukkan ikan kembung dengan kicap pun bagi diaorang dah cukup sedap dan mewah..tapi tu memang favourite aku masa kecil sampai la sekarang..kalau tak der selera, aku goreng jer ikan kembung .makan dengan nasi panas..tuang sikit kicap..fuh! best! ..then setelah aku ke sekolah asrama, aku dah terputus hubungan dengan diaorang..lagipun dia orang dah pindah..umah diaorang dekat pon dekat dengan sawah padi..rumah papan yang sudah tua..aku pula jenis tak kisah, asalkan diaorang baik aku kawan jer...
selepas itu apa yg ku dengar, Din sahabatku sakit demam panas dan menjadi kurang siuman manakala Linda pula yang usianya masih muda (dalam lingkungan 26 tahun) meninggal ketika melahirkan anak kedua..Apa yg ku dengar dia sakit leukimia juga...aku terkedu seketika.macam2 kenangan semasa kami masih kecil ... apa yang pasti aku akan tetap kenang dia sebagai seorang sahabat yang baik..

Pagi..

Pagi..
Terasa damai

Menyentuh di jiwa

Titis embun yang terpalit

pada dedaunan..

Membuatkan alam menjadi syahdu..hening..

Ciptaan-Nya..

Terdengar sayup-sayup..

Suruhan agar kita

Tunduk pada yang Esa

Namun ramai yang alpa..

Pagi...

Sejuk, nyaman, dan bahagia

Namun ada juga yang bergelora

Yang diciptakan sendiri oleh insan..

Yang bernama manusia

Jangan dicemari pagi ini dan seterusnya...

Agar pagi akan menjadi lebih bermakna..

Thriller + Love Story By Ramlee Awang Murshid

Saya kira ramai yang mengenali Ramlee Awang Murshid, novellis Thriller Malaysia .Sekarang yang paling mendapat sambutan adalah novel sambungan dari Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu iaitu Hijab Sang Pencinta. Sebelum itu Ramlee sudah mengeluarkan banyak lagi novel-novel yang mencabar minda kita. Dalam beliau menulis, beliau akan membuat readers berfikir. Ungu Karmila contohnya, tidak di sangka yang membunuh itu adalah bunga yang dikenali Ungu Karmila. Saya mengenali Ramlee dengan hasil tulisannya dalam Bagaikan Puteri dan saya kira sudah terlewat kerana sebelum ini sudah ramai yang membaca dan menyimpan koleksi ceritanya. Masih saya ingat dengan persoalan kawan saya yang memang berkecimpung dalam dunia penulisan, "Kau percaya dengan orang yang hidup zaman sekarang dan sekarang ni masih ada orang zaman dahulu tapi kita tak nampak?" saya tercengang. "Nah, baca ni." Dia terus meletakkan novel Bagaikan Puteri di tangan saya. Saya terus membaca dan saya terus jatuh Cinta dengan Laksaman Sunan

Friday, October 24, 2008

Ramlee Awang Murshid

kenapa saya meminati karya RAM?

Sebab hasil tulisannya sungguh membuatkan hati kita berdebar-debar. Pelbagai karyanya membuatkan minda kita akan sentiasa berfikir. Betapa besarnya kuasa Tuhan bila saya membaca buat pertama kalinya Bagaikan Puteri. Antara Haryani dan Laksamana Sunan. Sungguh menyentuh di jiwa. Dan mungkin juga saya sudah jatuh cinta pada Sunan. Pada keperibadian Sunan. Yang nyata novel ini membuatkan saya terpanggil untuk meneruskan pembacaan saya pada sambungannya Cinta Sang Ratu. Saya mengalirkan air mata tatkala Haryani sedar semula apabila dirinya nyaris dikuburkan, dia memanggil nama Sunan. Cintanya pada Sunan... kecewa Dani walaupun dia datang dari susur galur Sunan iaitu keturunan Megat abang kepada Sunan. Betapa novel ini Bagaikan Puteri ini mengajar kita betapa bahayanya fitnah kerana fitnah itu lebih dasyat daripada membunuh. Saifuddin membawa dirinya yang lara akibat daripada fitnah dan terus ke Tanah Acheh... Dan dia menjadi seorang laksamana yang dikagumi kerana ketakwaannya...dia adalah anak dari kampung Punggor Tanah Melayu.. Novel ini juga mengajar kita erti kesabaran, semangat setiakawan dan macam-macam lagi. Cinta Sang Ratu telahpun saya baca, dan saya akan menceritakan dan ulasan saya di lain kali.semoga pembaca akan dapat manfaat daripada apa yang anda bacakan bukan sahaja novel2 dari RAM , malah novel-novel lain juga..

Pantun Laksamana Sunan dan Haryani

Bagaikan Puteri sebuah cerita,
Di luar jangkauan akal manusia;
Haryani dan Sunan saling jatuh cinta,
Apakan daya mereka dari zaman berbeza.

Keris naggroe keris laksamana,
Sangat ditakuti si musih durjana;
Djailuh dan Sunan sahabat setia,
Memerangi kejahatan menegakkan agama.

Haryani umpama seorang puteri,
Menggelar diri Gusti putri;
Kampung Punggor menjadi saksi,
Mengapa Sunan membawa diri.

Dani menanti di dunia kini,
Menyeru dan memanggil berulang kali;
Sunan terpaksa membunuh Haryani,
Walaupun hatinya duka sekali.

Luahan hati seorang pendekar,
Di atas mushaf Sunan lakarkan;
cinta Haryani tidak pernah pudar,
Kepada Sunan hatinya diserahkan.

Di negeri Melaka bertemu Hang Tuah,
Negeri yang kaya serta mewah;
Bibir Sunan sentiasa berzikrullah,
Mencari keredhaan dari Ya Allah.

created by:
Joenna
Ilham dari Bagaikan Puteri

Labels